WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Rabu, 11 Ogos 2010

Pelancaran Bulan Panitia Sivik dan Kajian Tempatan

Setelah berakhirnya Bulan PJK dan Muzik, pada 9hb Ogos yang lepas telah diadakan pula pelancaran Bulan Panitia Sivik dan Kajian Tempatan. Acara dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi, bacaan doa dan pengagihan bendera mini Malaysia. Kemudian, seluruh warga SKPM termasuk guru, pelajar dan kakitangan telah menyanyikan lagu 1 Malaysia, deklamasi sajak oleh Pn. Saripah dan bacaan rukun negara oleh wakil pengawas. Antara aktiviti yang dirancang ialah bacaaan perutusan mingguan, info tokoh sejarah, sudut pameran, Patriotik Keudara, Pertandingan mewarna dan melukis poster, deklamasi sajak dan folio kemerdekaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan