WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Selasa, 18 Mei 2010

Sambutan Hari Guru SKPM 2010

Bermula jam 8.00 pagi semua guru, kakitangan dan pelajar sudah bersedia di Dewan Sri Gemilang untuk meraikan sambutan perayaan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2010. Dengan tema " Guru Pembina Negara Bangsa", majlis yang meriah ini dimulakan dengan ucapan guru besar Tn.Hj.Muner, perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia ( dibacakan oleh GPK HEM, Pn. Rozita ),perutusan Menteri Pelajaran Malaysia ( dibacakan oleh GPK 1, Ustaz Zulkarnain ) dan nyayian 3 buah lagu iaitu Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa dan Warisan. Acara diteruskan dengan sukaneka yang diadakan antara guru, kakitangan dan pelajar Tahun 6 ).Selepas jamuan, acara dewan diteruskan dengan pertandingan " Guess What " dan seterusnya penyampaian cenderahati. Majlis tamat pada jam 1.00 petang. Kepada semua warga pendidik di SKPM diucapkan dengan " Selamat Menyambut Hari Guru" , jasa kalian pasti dikenang sepanjang hayat, hanya ALLAH yang mampu membalasnya, terima kasih cikgu!


Rabu, 12 Mei 2010

Majlis Pelancaran Bulan Panitia Sains dan Matematik 2010


Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik bagi tahun 2010 telah disempurnakan oleh GPK HEM, Pn. Rozita bt Darus pada 4hb Mei 2010 di Tapak Perhimpunan SK Pulau Mansok. Bulan Mei dan Jun 2010 merupakan gabungan antara panitia Sains dan Matematik. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan lagi bulan ini.

Ahad, 9 Mei 2010

Gotong-Royong Perdana 2010

Satu gotong-royong perdana telah diadakan pada 15hb Mei 2010 yang melibatkan seluruh warga sekolah. Gotong-royong ini diadakan sempena Sambutan Hari Guru 2010 yang bakal disambut pada 18hb Mei 2010 di SK Pulau Mansok. Semoga persekitaran SKPM bertambah ceria sempena gotong -royong yang telah diadakan.

Sabtu, 1 Mei 2010

English & ICT Month 2010


Bulan April merupakan Bulan Bahasa Inggeris dan ICT untuk SK Pulau Mansok. Perasmian ini telah disempurnakan oleh GPK 1 iaitu En. Zulkarnain bin Maharuddin pada 12hb April di Dewan Sri Gemilang. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan tersebut termasuklah Pertandingan nyanyian, mewarna, pertandingan melibatkan ICT seperti melukis dan mewarna menggunakan perisian Paint, mencari maklumat di dalam internet, menaip teks yang cantik dan pertandingan teka silang kata ICT melibatkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah. Majlis penutupan pula telah disempurnakan oleh Guru Besar iaitu Tn. Hj. Muner bin Hamid.