WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Ahad, 21 November 2010

Hari Graduasi & Anugerah Kecemerlangan 2010

Pada 18hb November yang lalu, telah diadakan Hari Graduasi & Anugerah Kecemerlangan di Dewan Seri Gemilang SK Pulau Mansok. Majlis ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu En. Muhamad Saidi bin Din. Majlis bermula dengan Hari Tanda Kasih bagi semua pelajar pada jam 8.30 pagi. Seterusnya, majlis bersambung dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada Pelajar Prasekolah, Kedudukan Dalam Kelas dan Mata Pelajaran Tertinggi. Selepas persembahan kedua iaitu bacaan seloka daripada pelajar prasekolah, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid berpotensi, Pencapaian Terbaik JQAF, Tokoh Nilam, Sijil Pengaws, Tokoh Murid, Anugerah UPSR 5A dan kebersihan kelas. Seterusnya penyampaian cenderahati kepada perasmi dan berakhir dengan jamuan kenduri. Sehari sebelum majlis ini, pihak sekolah telah membuat korban sebanyak 2 ekor lembu sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya di dalam memberi sumbangan wang dan tenaga di dalam menjayakan majlis korban dan Hari Graduasi & Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini. Majlis ini merupakan penutup kepada semua aktiviti sepanjang 2010. :)

Ahad, 14 November 2010

Pengumuman Keputusan UPSR 2010

Pada 11hb Disember yang lalu, bertempat di Dewan Seri Gemilang telah diadakan satu majlis bagi mengumumkan keputusan UPSR 2010. Seramai 3 orang pelajar telah mendapat keputusan cemerlang 5A iaitu Mohammad Syabil bin Roslan, Nur Athirah binti Zainol dan Siti Fatimah binti Shairudin. 2 orang pelajar yang mendapat 4A 1B ialah Nurul Aisyah bt Mohd Shaari dan Muhammad Hafizuddin bin Roslan. Manakala 2 oarng pelajar mendapat  3A 2B iaitu Nurul Nasyidah bt Mohd Akhir dan Maisarah Faqihah bt Muhammad Fauzi. Tahniah kepada para pelajar yang dapat mengharumkan nama SK Pulau Mansok dan guru-guru Tahun 6 yang telah membantu pelajar untuk berjaya.Berikut adalah keputusan penuh UPSR 2010 :
Jumlah calon         Bil         %
Calon lulus            15        83.30
5A                          3        16.70
4A 1B                    2         11.10
3A 2B                    2         11.10
Jumlah kertas         90
Jumlah kertas dapat A     42
Gred Purata Sekolah       1.8

Rabu, 10 November 2010

Ceramah Motivasi ( Persediaan ke Sekolah Menengah )

Bertempat di Bilik PPSMI, pada 03hb November yang lalu, telah diadakan satu ceramah motivasi bertajuk " Persediaan Ke Sekolah Menengah". Cermah ini telah disampaikan oleh kaunselor SMKA Tahap iaitu En. Zamri bin Abdullah. Seramai 18 orang pelajar Tahun 6 yang terlibat. Semoga para pelajar mendapat pelbagai pengetahuan sepanjang ceramah berlangsung. Ceramah ini merupakan salah satu daripada program yang telah dirancang oleh pihak sekolah bagi mengisi masa lapang para pelajar selepas peperiksaan UPSR.

Kem Literasi Al-Quran

Pada 02hb November 2010 yang lalu, telah diadakan satu kem iaitu Kem Literasi Al-Quran di SK Pulau Mansok Majlis ini melibatkan lapan buah sekolah termasuklah SK Teh, SK Kuala Tembeling, SK Jerantut Jaya, SK Inderapura, SK Jerantut, SK Bandar Jerantut dan SK Temin. Majlis ini telah bermula pada jam 8.00 pagi. Terdapat 10 orang guru yang bertugas sebagai fasilitator. Seramai 100 orang pelajar yang terlibat. Aturcara majlis bermula dengan LDK 1,minum pagi, LDK 2, makan tengah hari dan solat Zohor, LDK 3 dan berakhir dengan Majlis  Penutupan Rasmi .Turut hadir ialah Penyelia P. Islam iaitu Ustaz Abd Wahab bin Uda. Majlis penutupan bermula dengan ucapan Guru Besar SKPM, Tn. Hj. Muner bin Hamid, Ucapan Penutupan Rasmi oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Uda ( Penyelia Kanan P. Islam ), penyampaian cenceramata kepada fasilitator dan dua orang wakil pelajar terbaik sepanjang kem ini. Majlis bersurai pada jam 4.30 petang.