WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Selasa, 29 Jun 2010

Aktviti Terkini Bulan Sc & Mate


Pada 28 Jun 2010, bertempat di Dewan Sri Gemilang telah diadakan Pertandingan Menarik Tin Minuman menggunakan Belon. Pelbagai aksi menarik dapat disaksikan sempena pertandingan ini.:).Semoga pertandingan seperti ini dapat menambahkan minat para pelajar dalam mata pelajaran Sains.

Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur


Pada 24hb Jun 2010 yang lalu, satu Lawatan Sambil Belajar telah diadakan ke Kuala Lumpur. Lawatan ini melibatkan semua pelajar-pelajar Tahun 6, sebahagian pelajar Tahun 5 dan juga pengawas perpustakaan. Antara tempat yang dilawati ialah Muzium Negara, Perpustakaan Negara dan Petrosains. Lawatan ini turut disertai oleh 3 orang guru pengiring iaitu Pn. Wan Nor Maziah, Pn. Saripah dan En. Zuhardi dan  2 orang kakitangan sekolah iaitu En. Kadir dan En. Hariri. Pastinya pelbagai pengalaman dan juga pengetahuan yang dapat diperolehi sepanjang lawatan tersebut.

Khamis, 3 Jun 2010

Spelling Competition ( Science & Math )

Pada 3hb Jun 2010, bertempat di Dewan Sri Gemilang, SKPM telah diadakan Spelling Competition ( Science & Math ) untuk semua pelajar Pra sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6. Aktiviti ini merupakan sebahagian aktiviti yang telah dirancang sempena Bulan Panitia Sains dan Matematik 2010. Pelbagai jenis perkataan yang berkaitan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik telah diberikan kepada para pelajar.