WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Selasa, 10 Ogos 2010

Majlis Penutupan Bulan Panitia PJK dan Muzik

Pada 6hb Ogos yang lalu, telah diadakan Majlis Penutupan Bulan Panitia PJK dan Muzik. Majlis yang meriah tersebut telah dimulakan dengan sukaneka pada jam 9.00 pagi. Semua guru, pelajar dan kakitangan sekolah telah bersama-sama menjayakan sukaneka tersebut. Antara acara yang diadakan ialah baling tin menggunakan bola, isi air dalam botol menggunakan span, baling gelung rotan ke dalam skitter,membaling bola ke dalam jaring dan rebut kerusi. Acara sukaneka tamat pada jam 10.30 pagi. Majlis diteruskan lagi dengan acara pertandingan nyanyian oleh pelajar-pelajar SKPM daripada Prasekolah hingga Tahun 6. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh GPK 1, Ustaz Zulkarnain dan berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan