WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Ahad, 21 November 2010

Hari Graduasi & Anugerah Kecemerlangan 2010

Pada 18hb November yang lalu, telah diadakan Hari Graduasi & Anugerah Kecemerlangan di Dewan Seri Gemilang SK Pulau Mansok. Majlis ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu En. Muhamad Saidi bin Din. Majlis bermula dengan Hari Tanda Kasih bagi semua pelajar pada jam 8.30 pagi. Seterusnya, majlis bersambung dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada Pelajar Prasekolah, Kedudukan Dalam Kelas dan Mata Pelajaran Tertinggi. Selepas persembahan kedua iaitu bacaan seloka daripada pelajar prasekolah, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid berpotensi, Pencapaian Terbaik JQAF, Tokoh Nilam, Sijil Pengaws, Tokoh Murid, Anugerah UPSR 5A dan kebersihan kelas. Seterusnya penyampaian cenderahati kepada perasmi dan berakhir dengan jamuan kenduri. Sehari sebelum majlis ini, pihak sekolah telah membuat korban sebanyak 2 ekor lembu sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya di dalam memberi sumbangan wang dan tenaga di dalam menjayakan majlis korban dan Hari Graduasi & Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini. Majlis ini merupakan penutup kepada semua aktiviti sepanjang 2010. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan