WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Selasa, 18 Mei 2010

Sambutan Hari Guru SKPM 2010

Bermula jam 8.00 pagi semua guru, kakitangan dan pelajar sudah bersedia di Dewan Sri Gemilang untuk meraikan sambutan perayaan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2010. Dengan tema " Guru Pembina Negara Bangsa", majlis yang meriah ini dimulakan dengan ucapan guru besar Tn.Hj.Muner, perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia ( dibacakan oleh GPK HEM, Pn. Rozita ),perutusan Menteri Pelajaran Malaysia ( dibacakan oleh GPK 1, Ustaz Zulkarnain ) dan nyayian 3 buah lagu iaitu Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa dan Warisan. Acara diteruskan dengan sukaneka yang diadakan antara guru, kakitangan dan pelajar Tahun 6 ).Selepas jamuan, acara dewan diteruskan dengan pertandingan " Guess What " dan seterusnya penyampaian cenderahati. Majlis tamat pada jam 1.00 petang. Kepada semua warga pendidik di SKPM diucapkan dengan " Selamat Menyambut Hari Guru" , jasa kalian pasti dikenang sepanjang hayat, hanya ALLAH yang mampu membalasnya, terima kasih cikgu!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan