WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Rabu, 7 April 2010

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Jerantut telah diadakan pada 6hb April 2010 di Dewan Sri Gemilang, SK Pulau Mansok baru-baru ini. Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut, iaitu En. Mohamad bin Hamid pada jam 11.00 pagi. Terdapat 4 jenis pertandingan yang diadakan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita dan Tulisan Jawi. Majlis ini telah disertai oleh 4 buah zon iaitu Zon Padang Piol, Zon Gelangi, Zon Damak dan Zon Tembeling. Terdapat 36 orang peserta yang telah mengambil bahagian.Peserta yang berjaya akan mewakili Daerah Jerantut ke peringkat negeri pula. Pihak SK Pulau Mansok mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan semua pihak di dalam menjayakan majlis ini dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan. Tahniah kepada para pemenang!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan