WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Rabu, 31 Mac 2010

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Padang Piol

Pada 30 Mac 2010, SK Pulau Mansok telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Padang Piol bagi tahun 2010M/1431H. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penyelia Pendidikan Islam PPD Jerantut iaitu Ustaz Abdul Wahab bin Uda. Sebanyak 13 buah sekolah yang telah bertanding untuk 4 pertandingan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita dan Tulisan Jawi. Sebanyak 114 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini. Para pemenang bagi Zon Padang Piol ini akan bertanding mewakili Daerah Jerantut pada 06 April 2010 ini.Tahniah diucapkan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan