WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Jumaat, 5 Februari 2010

Program Motivasi Kecemerlangan Ibu bapa dan Murid UPSR 2010

Bertempat di Bilik PPSMI SK Pulau Mansok, jam 8.30 pagi bersamaan 06hb Feb 2010 telah diadakan Program Motivasi Kecemerlangan Ibu bapa dan Murid UPSR Tahun 2010 untuk pelajar-pelajar tahun 5 dan 6. Turut diadakan Program Mentor dan Mantee khusus untuk pelajar Tahun 6. Penceramah jemputan ialah Tn. Hj. Ahmad Nazlan bin Idris dari Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan