Berilmu, Berakhlak, Berbudi...
Catatan : 8/10/09 Jam 4.00 pm
Itulah cogankata sekolah kami. Semoga sekolah kami dapat melahirkan anak-anak didik yang cemerlang di dunia dan akhirat..Amin
NO.TEL/FAX : 09-2661440 Email : skpmjerantut@yahoo.com Blog : skpulaumansok.blogspot.com Web : http://skpulaumansok.webs.com/
SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi
Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!
Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.