WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Khamis, 30 September 2010

Jamuan Raya Prasekolah

Pada 30hb September, prasekolah telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Jamuan ini merupakan salah satu daripada acara tahunan di SKPM. Majlis ini bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pelbagai menu telah disediakan termasuklah mi rebus, nasi impit, roti jala, kuih-muhi dan macam-macam lagi. Para penjaga prasekolah juga turut hadir memeriahkan suasana. Mereka turut membawa juadah untuk dihidangkan.

Majlis Sambutan Hari Raya SKPM 2010

Pada 25hb Sept yang lalu, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya 2010 bagi SKPM. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi ini tamat pada jam 12.00 tengah hari. Sehari sebelum majlis, pelbagai persiapan telah dibuat seperti gotong-royong memasak dan menyediakan juadah yang disediakan dengan kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah. Antara menu yang dihidangkan ialah ketupat pulut, ketupat nasi, kuah kacang, rendang, mi kari, kuih raya dan sebagainya. Salam Aidil Fitri 1431H buat semua.:)

Selasa, 28 September 2010

Majlis Restu Ilmu

Pada 18hb Sept yang lalu telah diadakan Majlis Restu Ilmu untuk pelajar-pelajar Tahun 6  SKPM. Majlis dimulakan dengan ucapan, Guru Besar, GPK HEM, GPK Koku dan GPK pentadbiran. Seterusnya adalah ucapan dan kata-kata semangat daripada guru-guru yang mengajar tahun 6 iaitu Pn. Saripah, Pn. Wan Nor Maziah dan Pn. Norma diikuti dengan guru-guru lain dan kakitangan sekolah. Majlis berakhir dengan sesi bersalaman antara pelajar dan semua guru.

Isnin, 27 September 2010

Release Tension Tahun 6 & Solat Hajat Perdana



Bermula jam 8.00 pagi, pada 17hb September yang lalu, telah diadakan dua aktiviti utama khusus untuk para pelajar Tahun 6 SKPM iaitu Release Tension Tahun 6 dan Solat Hajat Perdana.Pada sebelah pagi pelajar-pelajar telah melakukan aktiviti riadah yang dibimbing oleh para guru Tahun 6 dan guru-guru lain yang turut hadir bagi memeriahkan acara. Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan Solat Hajat Perdana yang melibatkan penjaga para pelajar Tahun 5 dan 6 beserta guru dan kakitangan. Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yassin, Solat Isyak berjemaah dan jamuan. Majlis berakhir pada jam 10 malam. Semoga para pelajar SKPM bakal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR 2010.

Ahad, 5 September 2010

Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Duit Raya

Pada 3hb September yang lepas, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran untuk pelejar-pelajar yang menyertai tadarus sempena Bulan Ramadhan pada tahun ini. Seramai 32 orang murid SKPM telah diraikan. Majlis ini diketuai oleh Ustaz Zulkarnain di Dewan Sri Gemilang. Aturacara majlis adalah seperti berikut : semua murid berkumpul didewan, Majlis Khatam Al-Quran, Tazkirah, Ucapan Penyelaras Program ( Pn. Taibah), ucapan perasmian penutup oleh Guru Besar, Tn. Hj. Muner bin Hamid, penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus, penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar Prasekolah, bersalaman dan pemberian duit raya kepada semua pelajar SKPM. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Salam Aidil Fitri 1431H buat semua warga SKPM!

Rabu, 1 September 2010

Majlis Penutupan Bulan Sivik dan Kajian Tempatan

Bertempat di Dewan Sri Gemilang, jam 11.40 pagi telah berlangsung majlis penutupan Bulan Sivik dan Kajian Tempatan dengan penuh meriah. Majlis bermula dengan nyanyian lagu 1 Malaysia secara beramai-ramai yang diketuai oelh pelajar-pelajar Tahun 5, pertandingan deklamasi sajak oleh pelajar-pelajar tahun 4 dan 5,persembahan pakaian beragam oleh adik2 prasekolah,penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh Tuan Guru Besar. Akhir sekali, bagi menambah kemeriahan majlis dan menanam semangat cintakan negara,semua warga SKPM menyanyikan lagu Keranamu Malaysia dan Tanggal 31.