WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Khamis, 26 Ogos 2010

Aktiviti Bulan Sivik dan Kajian Tempatan




Sempena bulan Sivik dan Kajian Tempatan, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Pada 18/8/2010 telah diadakan Pertandingan Jigsaw Map untuk tahap 2 dan Pertandingan Membuat Penanda Buku bertemakan bendera Malaysia untuk Tahap 1. Pada 20/8/2010 pula telah diadakan Pertandingan Melukis Poster bertemakan Hari Kemerdekaan ke 53 untuk tahap 2 dan Pertandingan Mewarna bertemakan 1 Malaysia untuk tahap 1. Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan dapat menyuntik semangat cintakan negara di kalangan para pelajar SKPM.

Rabu, 11 Ogos 2010

Pelancaran Bulan Panitia Sivik dan Kajian Tempatan

Setelah berakhirnya Bulan PJK dan Muzik, pada 9hb Ogos yang lepas telah diadakan pula pelancaran Bulan Panitia Sivik dan Kajian Tempatan. Acara dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi, bacaan doa dan pengagihan bendera mini Malaysia. Kemudian, seluruh warga SKPM termasuk guru, pelajar dan kakitangan telah menyanyikan lagu 1 Malaysia, deklamasi sajak oleh Pn. Saripah dan bacaan rukun negara oleh wakil pengawas. Antara aktiviti yang dirancang ialah bacaaan perutusan mingguan, info tokoh sejarah, sudut pameran, Patriotik Keudara, Pertandingan mewarna dan melukis poster, deklamasi sajak dan folio kemerdekaan.

Selasa, 10 Ogos 2010

Majlis Penutupan Bulan Panitia PJK dan Muzik

Pada 6hb Ogos yang lalu, telah diadakan Majlis Penutupan Bulan Panitia PJK dan Muzik. Majlis yang meriah tersebut telah dimulakan dengan sukaneka pada jam 9.00 pagi. Semua guru, pelajar dan kakitangan sekolah telah bersama-sama menjayakan sukaneka tersebut. Antara acara yang diadakan ialah baling tin menggunakan bola, isi air dalam botol menggunakan span, baling gelung rotan ke dalam skitter,membaling bola ke dalam jaring dan rebut kerusi. Acara sukaneka tamat pada jam 10.30 pagi. Majlis diteruskan lagi dengan acara pertandingan nyanyian oleh pelajar-pelajar SKPM daripada Prasekolah hingga Tahun 6. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh GPK 1, Ustaz Zulkarnain dan berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

Selasa, 3 Ogos 2010

Astro Out Reach

Pada jam 8.00 pagi, 4hb Ogos 2010 bertempat di SK Temin telah diadakan Program Astro Out Reach. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan saluran-saluran yang yang boleh menambah ilmu pengetahuan kepada murid-murid selain daripada berhibur dengan pelbagai persembahan yang diadakan. Sekolah-sekolah yang berhampiran juga telah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut termasuklah SK Pulau Mansok. Seramai 5 orang pelajar Tahun 5 telah dipilih dan mereka telah diiringi oleh En. Suhaimi bin Kamaruddin.