WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Khamis, 29 Julai 2010

Rombongan Kelab Guru ke Langkawi

Percutian Kelab Guru pada tahun ini adalah ke Pulau Langkawi. Seramai 36 orang peserta rombongan termasuklah guru, kakitangan dan warga penduduk setempat telah mengikuti percutian selama 3 hari 2 malam ini. Bertolak daripada SK Pulau Mansok pada jam 8.30 malam Sabtu dan tiba dengan selamatnya semula di perkarangan SK Pulau Mansok pada jam 4.00 pagi Ahad.Peserta rombongan pergi dengan menaiki bas. Di sana, mereka telah melawat ke beberapa kawasan sekitar Langkawi termasuklah Makam Mahsuri, Telaga Mahsuri, Dataran Helang, Zon Bebas Cukai, Padang Mat Sirat dan sebagainya. Semasa perjalanan pulang pula mereka telah singgah di Padang Besar. Semoga percutian kali ini lebih bermakna buat semua.:)

Selasa, 20 Julai 2010

Senamrobik



Sempena bulan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, pada hari ini telah diadakan satu senamrobik yang melibatkan semua pelajar, guru dan kakitangan. Senamrobik ini telah bermula pada jam 8.00 pagi di Dewan SKPM. Senamrobik bermula dengan lagu poco-poco dan diikuti dengan tarian chicken dance :).Pada jam 11.30 pagi pula pelajar-pelajar SKPM telah mendapat susu dan koko-crunch percuma daripada van Nestle yang datang ke sekolah..TQ Nestle!

Isnin, 19 Julai 2010

Gotong-royong Prasekolah

Bermula jam 8.30 pagi, Sabtu lalu ( 17.7.2010 ) telah diadakan gotong-royong di Prasekolah SKPM. Gotong -royong ini telah dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar prasekolah. Semua guru dan kakitangan juga terlibat. Antara aktiviti yang diadakan ialah menghias di dalam kelas, melukis mural, mewarna semula mural, mengecat rak kasut, rak buku dan taman permainan. Sesi gotong-royong ini berakhir jam 3.00 petang. 

Isnin, 12 Julai 2010

Bulan Panitia PJK dan Muzik

Bulan Julai merupakan Bulan Panitia PJK dan Muzik. Matlamat bulan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid secara individu atau kumpulan untuk memperkembangkan aspek fizikal, sosial dan emosi ke tahap yang paling tinggi mengikut kebolehan dan kemampuan masing-masing melalui aktiviti sukan dan rekreasi. Antara objektif bulan ini adalah mengcungkil bakat murid-murid dalam bidang muzik kepada unsur-unsur muzik seperti irama,melodi, harmoni dan sebagainya. Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah senamrobik, nyanyian lagu kanak-kanak, futsal, pelancaran melodi lagu sekolah,lagu-lagu tradisional, Jangan Lupa Lirik, sukaneka dan pertandingan nyanyian antara kelas.
Berikut adalah acara pertama yang diadakan : Futsal

Khamis, 8 Julai 2010

Lawatan Pra Sekolah ke Kuala Gandah & Deerland

Pada 3hb Julai yang lalu, pelajar-pelajar Pra sekolah SKPM telah pergi melawat ke Kuala Gandah dan Deerland. Mereka pergi dengan menaiki bas bersama-sama guru ( Pn. Noor Zilla Wati ),PPM ( Pn. Siti Nasirah, kakitangan sekolah iaitu En.Kadir dan En, Hariri. Turut hadir bersama adalah GPK 1 Ustaz Zulkarnain, GPK HEM iaitu Pn. Rozita dan GPK Koko En. Madzha bersama keluarga masing-masing. Ibu dan bapa para pelajar juga turut hadir. Mereka semua mendengar taklimat sebelum bermesra dengan gajah-gajah yang ada di situ.

Selasa, 6 Julai 2010

Majlis Penutup Bulan Panitia Sains dan Matematik

Pada 02hb Julai 2010, jam 10.40 pagi telah diadakan Majlis Penutupan Bulan Panitia Sains dan Matematik bagi tahun 2010. Aktiviti dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh para pelajar Tahun 5 dan prasekolah.Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang bulan panitia ini termasuklah Pertandingan Meneka Berat Buah Betik dan Kacang, Eksperimen Payung Terjun Mini, Spell It Right, Blok Sifir, Pertandingan Menarik Belon dan lain-lain lagi. Pelbagai hadiah menarik telah menanti para pemenang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Rozita dan Ustaz Zulkarnain. Majlis diakhiri dengan penutupan rasmi oleh GPK 1 iaitu Ustaz Zulkarnain.

Isnin, 5 Julai 2010

Perkhemahan Pendidikan Luar

Bertempat di Pusat Kokurikulum Pedah, sepanjang minggu lepas ( 28 Jun hingga 1 Julai 2010 ) telah diadakan Perkhemahan Pendidikan Luar bagi sekolah menengah dan rendah Daerah Jerantut. Pelajar sekolah yang terpilih untuk menyertainya ialah dua orang murid Tahun 6 iaitu Sy. Faizal dan Afiza Rohaida. Mereka telah diiringi oleh En.Zuhardi sepanjang aktiviti berlangsung.