WARGA PENTADBIR & PENDIDIK SK PULAU MANSOK 2010

SK PULAU MANSOK ~ Berilmu, Berakhlak, Berbudi

Selamat Datang Ke Blog SK Pulau Mansok!





Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf.













Rabu, 31 Mac 2010

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Padang Piol

Pada 30 Mac 2010, SK Pulau Mansok telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Padang Piol bagi tahun 2010M/1431H. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penyelia Pendidikan Islam PPD Jerantut iaitu Ustaz Abdul Wahab bin Uda. Sebanyak 13 buah sekolah yang telah bertanding untuk 4 pertandingan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita dan Tulisan Jawi. Sebanyak 114 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini. Para pemenang bagi Zon Padang Piol ini akan bertanding mewakili Daerah Jerantut pada 06 April 2010 ini.Tahniah diucapkan !

Majlis Penutupan Rasmi Bulan Panitia Pendidikan Islam

Bertempat di Dewan Sri Gemilang, pada 26 Mac yang lalu, telah diadakan Majlis Penutupan Rasmi Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2010M/1431H. Tema pada tahun ini ialah "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah". Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPM, Tn. Hj. Muner bin Hamid. Bersempena dengan majlis ini telah diadakan satu ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Arif bin Abd Rani daripada SK Kuala Tembeling.

Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah

Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan 2010 Sekolah-Sekolah Negeri Pahang telah diadakan pada 22 Mac baru-baru ini. Bertemakan " 1 Malaysia Membanteras Dadah, majlis ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Muner bin Hamid, selaku Guru Besar SK Pulau Mansok. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pertandingan Melukis Poster Tahap 2, Kuiz Anti Dadah dan Pameran PPDa.

Ahad, 21 Mac 2010

Majlis Penutupan Bulan Bahasa Melayu 2010

Bertempat di Dewan Sri Gemilang SK Pulau Mansok telah diadakan Majlis Penutupan Bulan Panitia Bahasa Melayu 2010. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Muner bin Hamid. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena  Bulan Bahasa Melayu ini yang melibatkan Tahun 1 hingga Tahun 6. Sempena majlis ini, pelajar-pelajar daripada Tahun 4 dan 6 telah membuat persembahan.